Thursday, 30 August 2018

Cara-cara bermain main galah panjang

Assalamualaikum dan hai semua!😁😁😁

    Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat belaka. Nampaknya, saya dah lama tidak menulis di blog saya ini... Malam ini saya ingin kongsikan cara-cara untuk bermain galah panjang. Selamat membaca semua...😃😃😃

Image result for galah panjang
ini adalah gambar orang yang sedang bermain galah panjang.

    Galah panjang adalah salah satu permainan tradisional. Permainan ini bukan setakat budak kecil sahaja yang boleh main malah orang dewasa juga boleh main. Contohnya waktu hari keluarga, waktu sukan, dan untuk tunjuk demo pada orang yang tidak tahu main galah panjang. Kalau nak tahu, dalam cerita upin dan ipin pun ada diaorang main permainan ini di rumah tok dalang. Permainan ini sungguh menyeronokkan. Permainan ini bukan secara individu tetapi berkumpulan.

                                         Asal-usul perminan ini   

      Asal-usul permainan  ini sukar untuk diketahui dan siapakah yang menciptakan permainan ini. Permainan ini dimulakan pada tahun 1960-an dan terus berkembang di atas tanah melayu sehingga sekarang. Permainan ini bukan Tanah Melayu sahaja yang main malah negara-negara lain pun main seperti Thailand, Brunei dan Singapura. Namun begitu, nama dan corak permainan telah pun berubah  mengikut masyarakat setempat.


                                        Bahan-bahan yang diperlukan untuk permainan ini


  1.  5-10 orang (minimum)
  2. Timer
  3. Tepung/ batang/ tali untuk buat garisan
  4. Tempat yang sederhana luas
                                           Gelanggang permainan

       Related image              
Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, bersimen dan di padang. tiada ukuran khas penepatan yang perlu dipatuhi tapi dianggarkan enam atau lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi kamu semua tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.
Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin.tetapi kebanyakkanya kanak-kanak akan lorekkan garsan trsebut di atas tanah sahaja.          

 
   
       
                                            Cara-cara bermain galah panjang

  1.  Gelanggang galah panjang di lakar di atas tanah yang lapang.
  2.  Selepas pemilihan dilakukan, setiap pasukan akan lantikkan seorang ketua kumpulan. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggang dan siapa yang akan menempuh gelanggang
  3.  Selepas penentuan, kumpulan yang mejaga gelanggang akan menjaga gelanggang dan berpijak atas garisan yang dilukis tadi. ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi ke mana-mana garisan depan atau belakang sahaja.
  4.  Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketu akan meyapa tangannya dengan pihak ketua lawan. Seterusnya, mereka akan berlari amsuk ke gelanggang tanpa mengusik tangan pihak lawan.
  5.  Penjaga akan menjaga kawasannyaagar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.
  6.  Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
  7.  Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan dietruskan sehingga ahli pasukannya berjaya melepasi garisan gelanggang tersebut.
                                     Pemain

           Pemain terdiri daripada regu iaitu setiap regu mestilah lingkungan 5-10 orang di dalam satu regu redapat satu pemain simpanan.

                                    Masa
              Masa permainan bergantung kapada sepantas mana bilangan pemain dapat merempuh atau melintasi halangan ke pihak lawan.

                                    Lokasi bermain

               Permianan ini dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah lapang dan rata. Gelanggang yang dibuat mangandungi 2 lajurdan beberapa baris bbergantung kepada bilangan pemain.

                                 Peraturan permainan ini

  1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaiki keluar gelanggang.
  2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka kumpulannya akan disingkirkan dan giliran kumpulan lain pula untuk melintasi gelanggang mereka.



Itu sahaja daripada saya. Bye.

1 comment:

Interesting Facts About The Circulatory System

Assalamualaikum dan hai semua!    Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat belaka sahaja. Hari ini saya ingin menceritakan tentang...