Friday 31 August 2018

MERDEKA!

Assalamualaikum dan hai semua....

   Selamat menyambut hari kemerdekaan semua. Apa yang saya akan cerita hari ini ialah tentang Merdeka. selamat membaca semua.. Have fun!😃😃😃


    Merdeka berlaku pada 31 ogos 1957. Merdeka ini bermaksud bebas. Bebas daripada berlenggu penjajahan sejak 1511 hingga 1957. Hari kebangsaan ini merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran.

Ini adalah senarai nama tokoh-tokoh:
  1. Dol said
  2. Datuk Siamang gagap
  3. Yamtuan tunku Antah
  4. Dato' Maharajalela Pandaklam
  5. Dato' Sagor
  6. Sultan Abdullah
  7. Dato' Bahaman
  8. Tok Gajah
  9. Mat Kilau
  10. Tok Janggut
  11. Raja Mahadi
  12. Haji Abdul Rahman Limbong
  13. Tok Moris
  14. Tunku Kudin
  15. Tunku Muhammad Saad
  16. Rosli Dhobie
  17. Sharif Mashor
  18. Mat Salleh
  19. Antanum
  20. Pak Musa
  21. Sharip Usman
  22. Tun V.T Sambanthan
  23. Rentap
Ini sahaja daripada saya. Selamat hari kemerdekaan semua... BYE,....


 

Thursday 30 August 2018

Cara-cara bermain main galah panjang

Assalamualaikum dan hai semua!😁😁😁

    Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat belaka. Nampaknya, saya dah lama tidak menulis di blog saya ini... Malam ini saya ingin kongsikan cara-cara untuk bermain galah panjang. Selamat membaca semua...😃😃😃

Image result for galah panjang
ini adalah gambar orang yang sedang bermain galah panjang.

    Galah panjang adalah salah satu permainan tradisional. Permainan ini bukan setakat budak kecil sahaja yang boleh main malah orang dewasa juga boleh main. Contohnya waktu hari keluarga, waktu sukan, dan untuk tunjuk demo pada orang yang tidak tahu main galah panjang. Kalau nak tahu, dalam cerita upin dan ipin pun ada diaorang main permainan ini di rumah tok dalang. Permainan ini sungguh menyeronokkan. Permainan ini bukan secara individu tetapi berkumpulan.

                                         Asal-usul perminan ini   

      Asal-usul permainan  ini sukar untuk diketahui dan siapakah yang menciptakan permainan ini. Permainan ini dimulakan pada tahun 1960-an dan terus berkembang di atas tanah melayu sehingga sekarang. Permainan ini bukan Tanah Melayu sahaja yang main malah negara-negara lain pun main seperti Thailand, Brunei dan Singapura. Namun begitu, nama dan corak permainan telah pun berubah  mengikut masyarakat setempat.


                                        Bahan-bahan yang diperlukan untuk permainan ini


  1.  5-10 orang (minimum)
  2. Timer
  3. Tepung/ batang/ tali untuk buat garisan
  4. Tempat yang sederhana luas
                                           Gelanggang permainan

       Related image              
Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, bersimen dan di padang. tiada ukuran khas penepatan yang perlu dipatuhi tapi dianggarkan enam atau lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi kamu semua tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.
Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin.tetapi kebanyakkanya kanak-kanak akan lorekkan garsan trsebut di atas tanah sahaja.          

 
   
       
                                            Cara-cara bermain galah panjang

  1.  Gelanggang galah panjang di lakar di atas tanah yang lapang.
  2.  Selepas pemilihan dilakukan, setiap pasukan akan lantikkan seorang ketua kumpulan. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggang dan siapa yang akan menempuh gelanggang
  3.  Selepas penentuan, kumpulan yang mejaga gelanggang akan menjaga gelanggang dan berpijak atas garisan yang dilukis tadi. ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi ke mana-mana garisan depan atau belakang sahaja.
  4.  Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketu akan meyapa tangannya dengan pihak ketua lawan. Seterusnya, mereka akan berlari amsuk ke gelanggang tanpa mengusik tangan pihak lawan.
  5.  Penjaga akan menjaga kawasannyaagar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.
  6.  Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
  7.  Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan dietruskan sehingga ahli pasukannya berjaya melepasi garisan gelanggang tersebut.
                                     Pemain

           Pemain terdiri daripada regu iaitu setiap regu mestilah lingkungan 5-10 orang di dalam satu regu redapat satu pemain simpanan.

                                    Masa
              Masa permainan bergantung kapada sepantas mana bilangan pemain dapat merempuh atau melintasi halangan ke pihak lawan.

                                    Lokasi bermain

               Permianan ini dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah lapang dan rata. Gelanggang yang dibuat mangandungi 2 lajurdan beberapa baris bbergantung kepada bilangan pemain.

                                 Peraturan permainan ini

  1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaiki keluar gelanggang.
  2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka kumpulannya akan disingkirkan dan giliran kumpulan lain pula untuk melintasi gelanggang mereka.



Itu sahaja daripada saya. Bye.

Tuesday 14 August 2018

Movie: Antara Imaginasi Ataupun Realiti

Assalamualikum dan hai semua!😄😄😄

    Hari ini saya  ingin menceritakan sedikit pengajaran daripada filem kegemaran saya. Selamat membaca semua!

Apakah filem kegemaran saya?


     Ip Man adalah filem kegemaran saya. Walaupun ia ganas tetapi ia memberi kita sedikit pengajaran. Filem ini sudah lama dikeluarkan. Ip Man adalah seorang yang penyabar dan baik hati. Tetapi ketika dia sedang marah, dia tidak bersuara pada musuhnya tetapi dengan cara muka yang sungguh marah dan air matanya sudah begenang.

     Ini adalah bahagian yang mana Ip Man berlawan dengan  orang British. Kita tidak boleh mudah berputus asa ketika kita tidak dapat buat dengan sesuatu sehingga berjaya. Seperti Ip Man, walaupun dia sudah lemah, dia tetap teruskan untuk gembirakan keluarga dia. Sewaktu Ip Man berlawan bersama orang British, isteri dia sedang bersalin. Lihatlah bahagian dia berlawan bersama orang British. Memang tidak ada rupa untuk berputus asa. Dia teringat cara sifu dia berlawan guna tangan dan dia ikut cara itu. Perasan tak?

   


         




       Zaman sekarang adakah orang yang tidak mudah berputus asa. Ada memang ada. Tetapi sesetengah orang sahaja. Ini adalah contoh yang terbaik untuk kita mencontohi dia. Jangan berlagak seperti orang British. Mereka ingat dengan kung fu mereka boleh kalahkannya. Bila mereka sudah berlagak yang orang British lebih kuat, akhirnya mereka tetap kalah.

     Bahagian ini pula sedikit kejam. Ini pula Ip Man berlawan dengan ketua askar Jepun. Tetapi ini bukan dia. Ini adalah rakan sekerja dia. Rakannya kaah dalam perlawanan tersebut tetapi penolong ketua ini tembak tanpa kebenaran ketuanya.  Peraturannya ialah jika seseorang itu menang lawan dengan Jepun, dia akan diberi beras dan jika kalah akan di bunuh dengan keizinan ketuanya. Kita kena patuhi arahan. Seperti Ip Man, dia kalahkan sepuluh orang dengan tangan dia sahaja. Dia seorang sahaja lawan dengan sepuluh orang. Bila dia menang, dia dapat tiga bungkus beras tetapi dia tidak terima. Dia mengambil beras arwah rakan sekerjanya dan beri kepada keluaragnya serta beritahu apa yang sudah berlaku. Lihatlah video ini.


      

        Ini sahaj daripada saya dan saya harap anda tengok filem dia serta mendapat pengajaran daripada filemnya. Terima kasih.


Wednesday 8 August 2018

Haji Abdul Rahman Limbong

Assalamualaikum dan hai semua!

     Kita kembali lagi di halaman yang ke enam. Hari ini saya ingin meceritakan tentang Haji Abdul Rahman Limbong. Selamat mambaca semua!


Biodata Haji Abdul Rahman Limbong


Image result for haji abdul rahman limbong
Ini adalah gambar Haji Abdul Rahman Limbong.

  1. Nama lengkapnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir
  2. Lahir tahun 1285H/1868M, meninggal dunia di Mekah, 1347H/1929M
  3. Datuk neneknya berasal dari Patani, Thailand dan Terengganu
  4. Haji Abdul Rahman Limbong mendapat pendidikan ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah
  5. Gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya
  6. Ketika pulang Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya'kub dan Haji Musa yyang tinggal di Paya Bunga
  7. Haji Abdul Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, adalah seorang pengamal Tarikat Sammaniyah.
B) Sejarah Perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong

      Perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong dan beribu-ribu pengikutnya adalah wajar dan sah dari segi undang-undang dunia. Sewaktu pihak Inggeris menjadi penjajah di Terengganu, H.W. Thomsan dan J.L. Humphreys membuat laporan yang memburuk-burukkan Haji Abdul Rahman Limbong sehingga keadaan menjadi agak tegang dan huru-hara. Di dalam laporan menyatakan kononnya, Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya adalah sebagai penderhaka kepada pemerintahan.

      Hal tersebut menyebabkan Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutya dibuang ke Mekah pada tahun 1928. Setahun kemudian iaitu pada sekitar tahun 1929M ulama' pejuang Islam dan mangsa melayu itu meninggal dunia. Sejarah mencatat bahawa sebab-sebab timbul pemberontakan adalah kerana rakyat golongan petani berasa dipergunakan oleh pihak penjajah Inggeris.

       Dalam Tahun 1920-an, pihak Inggeris mula campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar di tanah yang dibuka oleh rakyat  dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris. Jika kita berfikir secara logik, pihak Inggeris tiada hak sama sekali dalam urusan pengutipan cukai. Akan mengutip cukai dalam negeri Terngganuyang sejak lama telah berkerajaan sendiri sedangkan mereka hanyalah satu bangsa pendatang.  Oleh sabab itulah, Haji Abdul Rahman Limong dalam hujah-hujahnya di mahkamah ditegaskan bahawa tanah yang dibukanya adalah hak Allah bukannya hak negeri. Mungkin maksud negeri itu adalah yang ada campur tangan penjajah Inggeris. Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah yang mereka miliki adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor. Kita patut mengucapkan jutaan terima kasih kepada ulama' seperti Haji Abdul Rahman Limbog yang telah membuka mata putera-petera bangsa mengenali ajaran Islam yang sebenar sekali gus bangsa Melayu islam adalah mempunyai harga diri jangan dapat ditipu daya oleh bangsa penjajah.

C) Faktor Penentangan Haji Ahmad bin Limbong

       Ketidak puas hati Engku Jeram 
       Tindakan campur tangan Inggeris di Paser Putih yang selama ini menjadi pegangan Haji Abdul Rahman Limbong dianggap sebagai mencabar kewibawaan beliau. Hal ini kerana, setelah perlantikan Che Abdul Latif  dari Singapura, Haji Abdul Ahmad bin Limbongtelah kehilangan kuasa pegangan. Beliau juga dipaksa membayar cukai ke atas tanah yang dimilikinya.

        Ketidak puasan Tok Janggut
        Selain itu oleh kerana pejabat yang terletak jauh dari tempat tinggal yang menyebabkan beliau menghadapi masalah pengangkutan pegawai yang bertugas. Beliau juga tidak merasa berpuas hati kerana pegawai British memberikan layanan yang kasar serta tidak memuaskan. Tok Janggut juga  berasa marah kerana ayah dan abangnya dibunuh secara kejam oleh British.

         Pembaharuan sistem cukai
         Seterusnya, British juga memperkenalkan sistem cukai yang sangat membebankan semua pihak. Cukai tersebut wajib dibayar oleh semua orang. Pada tahun 1915, sistem cukai walaupun tidak mengusahaknya. Hal tersebut menimbulkan ketidakpuasan kerana mereka juga berada dalam keadaan yang serba daif.

Itu sahaj daripada saya. Selamat malam!   

Monday 6 August 2018

Keke Challenge

Assalamualaikum dan hai semua!

     Kita kembali lagi di halaman yang ke lima! Hari ini saya ingin kongsikan sedikit cerita iaitu 'keke challange'. Saya harap anda semua baca blog saya dengan baik. Selamat membaca ye!

     Pertama, saya akan cerita tentang kebaikannya dahulu. Tetapi sebelum itu, saya mahu anda lihat video ini dahulu.

           

       Kebaikannya adalah, keke challange ini sungguh kreatif. sebelum wujudnya keke challange ini, tiada sesiapa pun yang menari tarian seperti ini. Sambil kereta itu bergerak, sambil itu kita perlu menari. Ia mempunyai sedikit senaman. Anda semua perlu apakah senaman yang dimaksudkan oleh saya.

       Kedua, saya akan menceritakan tentang keburukkannya pula. Lihatlah dahulu video ini.

 

      Ini adalah video yang mana mereka buat tetapi gagal. Ini adalah satu keburukkan. Kebrukkan yang pertama ialah bila mereka menari, mereka tidak sedar yang di hadapan mereka ada orang  dan juga kereta. Sebab-sebab inilah yang mana berlakunya kemalangan. Yang kedua ialah,  mereka menari dan bila keluar dari kereta mereka terjatuh di jalan. Yang ketiga ialah bila mereka menari di luar, kereta bergerak dengan perlahan dan sebab itulah mereka terlanggar pintu kereta.

      Pada pendapat saya, mereka tak perlu buat tarian keke challange ini. Kerana ia boleh mengakibatkan kemalangan yang tidak patut mereka alami.

      Itu sahaja daripada saya dan saya nak anda beri komen tentang pendapat anda semua! Bye dan assalamualaikum semua!


Friday 3 August 2018

Sad Video

Assalamualaikum dan hai semua!

          Hari ini saya ingin terangkan mengapa saya pilih video ini dan ia sungguh menyentuh hati anda. Lihatlah dua video ini sehingga habis. 



              Saya pilih video ini kerana ia boleh memberi pengajaran kepada anak-anak anda dan anda semua. Video ini kerana budak perempuan ini sungguh sedih apabila mak dan adik-beradiknya  sudah tiada. Mengapa mak dan adik-beradik beliau sudah tiada? Ianya kerana mereka diserang oleh  bom dan pintu terjatuh ke atas mereka. Sungguh kasihan kepada budak ini. Ya Allah.







          Video kedua saya, ia sedikit sedih kerana sewaktu mereka sedang bercakap, ada bom menyerang mereka dari belakang. Dan sesetengah budak meninggal kerana diserang oleh bom, mereka hanya makan rumput sahaja tetapi mereka mahukan roti yang enak seperti kita. Kita harus kasihani kepada mereka kerana mereka mempunyai negara yang tidak seaman seperti kita. Marilah kita sama-sama bacakan mereka Al-fatihah dan doakan untuk mereka.

         Ini sahaja daripada saya dan saya harap-harap sangat anda dapat pengajaran dan tidak lupakan mereka semua yang mana negara mereka diseraang. Sekian terima kasih!

Subjek Ku

Assalamualikum dan hai semua!


                         Anda semua kembali di blog saya! Ini adalah blog saya yang kedua. Kali ini saya ingin kongsikan sedikit cerita saya tentang subjek ku. Tolong follow saya dan saya harap anda suka kan cerita baru saya ini. Selamat membaca!


Image result for teach math
                         
                          Subjek kegemaran saya ialah Matematik. Saya sukakan subjek ini kerana ia sangat mencabar minda saya. Saya sukakan mengira dan saya perlu menulis soalan dan jawapannya sahaja. Saya tidak perlu menulis ayat yang panjang. Tetapi, kadang-kala ia agak menelirukan saya sedikit sahaja.

Image result for jogging
                         
                            Subjek kegemaran saya juga ialah P.I.T. Ianya bukanlah subjek tetapi ianya sukan. Saya sukakan subjek ini kerana saya boleh bersenam bersama kawan saya. Tetapi saya tidak minat apabila saya perlu jogging.

                          Ini sahaja daripada saya. Terima kasih!                         

Sekolah Kesayanganku

Assalamualaikum dan hai semua!


Image result for ASIQS SPACE U8
Ini adalah gambar rajah yang baharu!
                 
                 
                    Selamat berkanalan. Nama Saya Yasmin Sofiyyah binti Idris. Kamu semua boleh panggil saya Yasmin. Ini adalah kali pertama saya membuat bolg saya sendiri. Saya harap anda semua baca blog saya yang pertama ini dan saya harap anda semua boleh follow blog saya ini. selamat membaca semua!

                    Setelah tiga tahun ASIQS beroperasi di Bukit Bandaraya Shah Alam, akhirnya ASQIS berpindah ke SPACE U8, Bukit Jelutong, Shah Alam. ASIQS berpindah atas sebab-sebab tertentu.
Image result for ASIQS SPACE U8
Kami sekarang hanya makan di kafeteria sahaja!
Comelkan kami?
                 
                    Pada tahun 2012, ASIQS mula beroperasi di Seksyen 13, Shah Alam. Pada tahun 2013 hingga 2015 ASIQS mula beroperasi di Seksyen 8 dan Seksyen 9, Shah Alam. Di Seksyen 8, hanya untuk pelajar yang berumur dari tujuh tahun hingga sepuluh tahun manakala di Seksyen 9 pula hanya untuk pelajar yang berumur dari sebelas tahun hingga tujuh belas tahun sahaja. Pada tahun 2016 hingga 2018 sampai bulan 6, ASIQS mula beroperasi di Bukit Bandaraya Shah Alam. Dan sekarang ASIQS mula beropersi di tempat yang lebih selesa dan luas yang ASIQS beroperasi di SPACE U8 Bukit Jelutong, Shah Alam.

                       Dahulu ASIQS mempunyai nama tersendiri iaitu Villa ASIQS. Tetapi sekarang ASIQS mempunyai nama yang lebih sesuai iaitu Kampus ASIQS!

                       Ini sahaja daripada saya. Saya harap anda semua sukakan pada blo saya ini. Assalamualikum!

Interesting Facts About The Circulatory System

Assalamualaikum dan hai semua!    Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat belaka sahaja. Hari ini saya ingin menceritakan tentang...