Wednesday 12 September 2018

Apa Yang Saya Suka



Assalamaualaikum dan hai semua!

   Apa khabar semua? saya harap anda semua sihat belaka sahaja. Hari ini saya ingin kongsikan cerita tentang apa yang saya suka. Selamat membaca dan have fun!

Apa yang saya suka?

Image result for craft

        Saya suka kraf. Kenapa saya suka kraf? Sebab kita boleh menghiasi rumah ataupun ketika ada pertandingan kraf, kita boleh cari idea dengan cepat kerana kita sudah tahu kraf apa yang kita mahu buatkan. Saya adalah seorang yang pantang nampak kraf. Sebab, kalau pergi mana-mana kedai yang mempunyai barang kraf, saya akan meminta izin ummi untuk membelinya. Tetapi, kalau ummi tidak beri kraf itu, saya akan tenung ia sehingga ummi saya memanggil saya. Anak-anak anda ataupun anda ada tak yang jenis macam saya ini?

      Seperti contoh barang kraf yang saya suka adalah:

Image result for craft Seperti dalam gambar ini. Mengapa saya sukakannya? Kerana jar ini jika kita menghias ia dengan cantik, kita boleh hiasi rumah kita sendiri. seperti contoh, di meja makan, kita boleh meletakkan tisu ataupun sudu dan garpu di dalamnya. Ataupun kita boleh letak di dalam bi;;ik kita untuk meletakkan alat tulis kita.

Image result for craft Seperti topeng haiwan ini. Mengapa saya sukannya? Kerana saya mahu adik-adik saya boleh belajar untuk mengenal haiwan. Dan, saya mahu adik-adik saya berimaginasikan jika mereka di dalam hutan, mereka terjumpa haiwan buas, apa yang mereka harus lakukan.

     Tapi, ia mustahil untuk saya membuatnya. Kenapa pula mustahil? Sebab ia akan dihancurkan dalam masa beberapa minit sahaja. Siapa yang nak tahu tukang hancurkan kraf saya? Mereka adalah adik-adik saya. Budak-budak yang selalu ganggu kerja-kerja saya. Adik-adik kesyangan kak long, boleh tolong kak long? Kalau kak long buat kerja, tolong tengok sahaja. Janganlah ganggu kak long. Kita dah lah duduk jauh, jarang jumpa ummi juga adik-adik kak long yang kecil. Jaga diri di sana.

    Itu sahaja daripada saya. Assalamualaikum dan bye semua.

No comments:

Post a Comment

Interesting Facts About The Circulatory System

Assalamualaikum dan hai semua!    Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat belaka sahaja. Hari ini saya ingin menceritakan tentang...