Wednesday 8 August 2018

Haji Abdul Rahman Limbong

Assalamualaikum dan hai semua!

     Kita kembali lagi di halaman yang ke enam. Hari ini saya ingin meceritakan tentang Haji Abdul Rahman Limbong. Selamat mambaca semua!


Biodata Haji Abdul Rahman Limbong


Image result for haji abdul rahman limbong
Ini adalah gambar Haji Abdul Rahman Limbong.

  1. Nama lengkapnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir
  2. Lahir tahun 1285H/1868M, meninggal dunia di Mekah, 1347H/1929M
  3. Datuk neneknya berasal dari Patani, Thailand dan Terengganu
  4. Haji Abdul Rahman Limbong mendapat pendidikan ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah
  5. Gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya
  6. Ketika pulang Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya'kub dan Haji Musa yyang tinggal di Paya Bunga
  7. Haji Abdul Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, adalah seorang pengamal Tarikat Sammaniyah.
B) Sejarah Perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong

      Perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong dan beribu-ribu pengikutnya adalah wajar dan sah dari segi undang-undang dunia. Sewaktu pihak Inggeris menjadi penjajah di Terengganu, H.W. Thomsan dan J.L. Humphreys membuat laporan yang memburuk-burukkan Haji Abdul Rahman Limbong sehingga keadaan menjadi agak tegang dan huru-hara. Di dalam laporan menyatakan kononnya, Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya adalah sebagai penderhaka kepada pemerintahan.

      Hal tersebut menyebabkan Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutya dibuang ke Mekah pada tahun 1928. Setahun kemudian iaitu pada sekitar tahun 1929M ulama' pejuang Islam dan mangsa melayu itu meninggal dunia. Sejarah mencatat bahawa sebab-sebab timbul pemberontakan adalah kerana rakyat golongan petani berasa dipergunakan oleh pihak penjajah Inggeris.

       Dalam Tahun 1920-an, pihak Inggeris mula campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar di tanah yang dibuka oleh rakyat  dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris. Jika kita berfikir secara logik, pihak Inggeris tiada hak sama sekali dalam urusan pengutipan cukai. Akan mengutip cukai dalam negeri Terngganuyang sejak lama telah berkerajaan sendiri sedangkan mereka hanyalah satu bangsa pendatang.  Oleh sabab itulah, Haji Abdul Rahman Limong dalam hujah-hujahnya di mahkamah ditegaskan bahawa tanah yang dibukanya adalah hak Allah bukannya hak negeri. Mungkin maksud negeri itu adalah yang ada campur tangan penjajah Inggeris. Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah yang mereka miliki adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor. Kita patut mengucapkan jutaan terima kasih kepada ulama' seperti Haji Abdul Rahman Limbog yang telah membuka mata putera-petera bangsa mengenali ajaran Islam yang sebenar sekali gus bangsa Melayu islam adalah mempunyai harga diri jangan dapat ditipu daya oleh bangsa penjajah.

C) Faktor Penentangan Haji Ahmad bin Limbong

       Ketidak puas hati Engku Jeram 
       Tindakan campur tangan Inggeris di Paser Putih yang selama ini menjadi pegangan Haji Abdul Rahman Limbong dianggap sebagai mencabar kewibawaan beliau. Hal ini kerana, setelah perlantikan Che Abdul Latif  dari Singapura, Haji Abdul Ahmad bin Limbongtelah kehilangan kuasa pegangan. Beliau juga dipaksa membayar cukai ke atas tanah yang dimilikinya.

        Ketidak puasan Tok Janggut
        Selain itu oleh kerana pejabat yang terletak jauh dari tempat tinggal yang menyebabkan beliau menghadapi masalah pengangkutan pegawai yang bertugas. Beliau juga tidak merasa berpuas hati kerana pegawai British memberikan layanan yang kasar serta tidak memuaskan. Tok Janggut juga  berasa marah kerana ayah dan abangnya dibunuh secara kejam oleh British.

         Pembaharuan sistem cukai
         Seterusnya, British juga memperkenalkan sistem cukai yang sangat membebankan semua pihak. Cukai tersebut wajib dibayar oleh semua orang. Pada tahun 1915, sistem cukai walaupun tidak mengusahaknya. Hal tersebut menimbulkan ketidakpuasan kerana mereka juga berada dalam keadaan yang serba daif.

Itu sahaj daripada saya. Selamat malam!   

No comments:

Post a Comment

Interesting Facts About The Circulatory System

Assalamualaikum dan hai semua!    Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat belaka sahaja. Hari ini saya ingin menceritakan tentang...