Monday 6 August 2018

Keke Challenge

Assalamualaikum dan hai semua!

     Kita kembali lagi di halaman yang ke lima! Hari ini saya ingin kongsikan sedikit cerita iaitu 'keke challange'. Saya harap anda semua baca blog saya dengan baik. Selamat membaca ye!

     Pertama, saya akan cerita tentang kebaikannya dahulu. Tetapi sebelum itu, saya mahu anda lihat video ini dahulu.

           

       Kebaikannya adalah, keke challange ini sungguh kreatif. sebelum wujudnya keke challange ini, tiada sesiapa pun yang menari tarian seperti ini. Sambil kereta itu bergerak, sambil itu kita perlu menari. Ia mempunyai sedikit senaman. Anda semua perlu apakah senaman yang dimaksudkan oleh saya.

       Kedua, saya akan menceritakan tentang keburukkannya pula. Lihatlah dahulu video ini.

 

      Ini adalah video yang mana mereka buat tetapi gagal. Ini adalah satu keburukkan. Kebrukkan yang pertama ialah bila mereka menari, mereka tidak sedar yang di hadapan mereka ada orang  dan juga kereta. Sebab-sebab inilah yang mana berlakunya kemalangan. Yang kedua ialah,  mereka menari dan bila keluar dari kereta mereka terjatuh di jalan. Yang ketiga ialah bila mereka menari di luar, kereta bergerak dengan perlahan dan sebab itulah mereka terlanggar pintu kereta.

      Pada pendapat saya, mereka tak perlu buat tarian keke challange ini. Kerana ia boleh mengakibatkan kemalangan yang tidak patut mereka alami.

      Itu sahaja daripada saya dan saya nak anda beri komen tentang pendapat anda semua! Bye dan assalamualaikum semua!


3 comments:

Interesting Facts About The Circulatory System

Assalamualaikum dan hai semua!    Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat belaka sahaja. Hari ini saya ingin menceritakan tentang...